Skip to main content

Datuk Terpalit Pelbagai Kontroversi Dan Kes Mahkamah Minta Pengerusi SPAD Letak Jawatan?

Empat hari lepas, Pengasas syarikat Teksi Premium Big Blue yang beroperasi di pusat beli-belah KLCC, Datuk Shamsubahrin Ismail telah mengadakan sidang media, mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar meletakkan jawatan, kononnya ekoran kegagalan beliau melaksanakan transformasi sistem pengangkutan awam tersebut. Dengan tuduhan melulu dan tanpa asas yang kukuh, Datuk yang sentiasa terpalit dengan kontroversi dan sering didakwa di mahkamah ini mempertikaikan kredibiliti SPAD serta kakitangannya. 


Mungkin beliau terlupa, terkhilaf atau lupa memberikan fakta bahawa Kerajaan Malaysia pada 30/05/2013, melalui SPAD, telah dianugerahkan dengan Anugerah Asia Pasific Political Commitment Award oleh International Association for Public Transport (UITP), bertempat di UITP World Congress 2013 di Geneva. Anugerah berprestij ini hasil dari pengiktirafan kepada kerja keras pihak SPAD untuk merancang dan melaksanakan satu lanskap pengangkutan awam yang effisyen melalui Government Transformation Programme (GTP) dan Economic Transformation Programme (ETP), seperti MRT, perkhidmatan bas GO-KL, perkhidmatan 2-Tier KLIA Taxi System, Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dan juga Interim Stage Bus Support Fund (ISBSF).

Siapakah Datuk Shamsubaharin ini dan apakah motif beliau mendesak Pengerusi SPAD untuk meletakkan jawatan? Adakah beliau berminat dengan jawatan kerusi panas berkenaan? Apakah dengan 'curriculum vitae' beliau yang penuh dengan dakwaan kes mahkamah dan sentiasa terpalit dengan kontroversi yang tidak sepatutnya, melayakkan beliau untuk bercakap mengenai perkhidmatan awam dan seterusnya mendesak orang lain untuk meletakkan jawatan? Mari kita lihat kontroversi-kontroversi Datuk Shamsubahrin ini terutama ketika menjawat jawatan sebagai Penasihat Korporat kepada National Feedlot Corporation (NFCorp):

November 20, 2011 - Shamsubahrin didakwa menipu Pengarah National Feedlot Corporation (NFCorp), Mohamad Salleh Ismail, dengan tidak amanah berjanji untuk memberikan perkhidmatan konsultansi yang mana beliau gagal untuk melaksanakannya.

November 24, 2011 - Shamsubahrin dilantik sebagai penasihat korporat kepada National Feedlot Corporation (NFCorp).

25 November - 6 December, 2011 - Shamsubahrin dibayar cek berjumlah RM1.755 juta secara beransur-ansur oleh Pengarah National Feedlot Corporation (NFCorp), Mohamad Salleh Ismail.

December 30, 2011 - Shamsubahrin telah didakwa dengan 2 pertuduhan menipu Pengarah National Feedlot Corporation (NFCorp), Mohamad Salleh Ismail sejumlah RM1.755 juta untuk "perkhidmatan rundingan dan konsultansi".

January 27, 2012 - Ketika beliau berada di Hospital Klang mendapat rawatan arteri tersumbat dan kencing manis, Shamsubahrin telah didakwa dengan dua pertuduhan:
1. Menipu pemandu teksi sejumlah RM90,000 untuk melabur di dalam syarikat yang tidak wujud dan;
2. Menipu seorang wanita sebanyak RM13,0000 untuk perkhidmatan pembantu rumah.

Orang sebeginikah yang layak untuk mendesak orang lain meletakkan jawatan? Agak-agaklah.

Biodata Datuk Shamsubahrin:-

- Nama: Shamsubahrin Bin Ismail
- Lahir: 10-11-1966
- No K/P: 661110-01-6037
- Pengasas Syarikat Teksi Premium Big Blue
- Mempunyai beberapa syarikat yang dibina dan menjadi penasihat kepada syarikat tersebut.
- Dilahirkan di Johor.

Popular posts from this blog

Zamri Vinoth Angkatan Skuad Mubaligh Malaysia

Selamat pagi pembaca Skodeng Rakyat, apa khabaq? sihat ? Hari ini SR nak berkongsi maklumat mengenai Presiden Skuad Mubaligh Malaysia. Mesti ada diantara pembaca mengenali sosok tubuh individu ini. SR maksudkan adalah Zamri Vinoth. Dilahirkan pada 23 Ogos 1984, Zamri Vinoth dilahirkan dalam keturunan india campuran Hindu (emak) & Kristian (Bapa). D. Zamri mula mengenali islam ketika berumur 13 tahun. Bermula pengenalan dengan seorang pakcik beragama islam/melayu bernama Pak Cik Hanip. ' Bermula dengan pengenalan Pak Cik Hanip, disitulah bermulanya pengenalan Zamri dengan Islam. Sebelum memeluk agama islam, Zamri sudah boleh membaca Al Quran dan juga mengingati surah-surah lazim dalam Al Quran. Sedikit demi sedikit, terbukanya hati seorang individu bernama Zamri Vinoth yang akhirnya dengan petunjuk dan hidayah Allah, Zamri mengucap dua kalimah syahadah dan memeluk islam. Dari situlah bermulanya perjuangan seorang mualaf bernama Zamri Vinoth. Dibawah ini SR sertakan sedi...

SKODENG RAKYAT

WELCOME TO SKODENG RAKYAT BLOG. I LIKE TO SKODENG FACEBOOK INSTAGRAM TWITTER AND YOU. YES YOU. DONT SCARED ME. IM ONLY LIKE SKODENG. JOM SKODENG RAKYAT

Federation of Malaysian Manufacturers

Hello readers. Today i would like to share WORKING SUB-COMMITTEE CHAIRMAN for FMM (2015-2017). The information release based on their information. 1 . Building - YBhg Dato’ Nathan K Suppiah , ISUS Dentomedic Industries Sdn Bhd - https://www.linkedin.com/in/dato-nathan-suppiah-49b2aa144/ - https://www.facebook.com/nathan.panasonic 2. Customs - YBhg Dato’ J. Palaniappan , Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn Bhd -  http://oceg.com.my/team.aspx -  https://www.linkedin.com/in/dato-palaniappan-03585848/en/ 3. Entrepreneurship & Innovation - Mr Ter Leong Leng , Kemuncak Engineering Supplies Sdn Bhd - http://www.topmechholdings.com.my/about/ 4. Finance -  En Abdul Samad Ibrahim , Kulitkraf Sdn Bhd -  http://www.mrepc.com/marketplace/public/company_details.php?mrepc_no=00135 5. Green Technology - Mr Chua Kok Chong , PMT Industries Sdn Bhd -  https://www.bloomberg.com/research//stocks/people/person.asp?personId=60162969...