
Pada 5 Januari 2012, satu acara ringkas telah diadakan. Acara tersebut dilakukan untuk melantik seorang wakil Komuniti Kaum CINA di dalam DUN KUPANG.
Dalam majlis tersebut, En.Kam Teik Joo telah dilantik untuk menjadi wakil komuniti Kaum CINA di dalam DUN KUPANG. En Kam Teik Joo bukan asing lagi untuk mereka yang tinggal di dalam DUN KUPANG.
Seorang individu berdedikasi dalam melaksanakan tugas dan juga berjiwa kepimpinan dalam membawa isu-isu tertangga kepadaa YB.
Moga dengan perlantikan En Kam Teik Joo dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi kaum cina di kawasan DUN KUPANG.
En Kam Teik Joo boleh dihubungi pada 016-4643838 untuk sebarang masalah.
Sekali lagi kami ucapkan sekalung tahniah kepada En Kam Teik Joo diatas perlantikan beliau sebagai wakil komuniti untuk kaum CINA di DUN KUPANG. Semoga dapat menjalankan tugas dengan baik demi membantu rakyat di dalam kawasan DUN KUPANG.
Terima kasih.
Seketariat Dun Kupang