Empat hari lepas, Pengasas syarikat Teksi Premium Big Blue yang beroperasi di pusat beli-belah KLCC, Datuk Shamsubahrin Ismail telah mengadakan sidang media, mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar meletakkan jawatan, kononnya ekoran kegagalan beliau melaksanakan transformasi sistem pengangkutan awam tersebut. Dengan tuduhan melulu dan tanpa asas yang kukuh, Datuk yang sentiasa terpalit dengan kontroversi dan sering didakwa di mahkamah ini mempertikaikan kredibiliti SPAD serta kakitangannya. Mungkin beliau terlupa, terkhilaf atau lupa memberikan fakta bahawa Kerajaan Malaysia pada 30/05/2013, melalui SPAD, telah dianugerahkan dengan Anugerah Asia Pasific Political Commitment Award oleh International Association for Public Transport (UITP), bertempat di UITP World Congress 2013 di Geneva. Anugerah berprestij ini hasil dari pengiktirafan kepada kerja keras pihak SPAD untuk merancang dan melaksanakan satu lanskap pengangku...